Murid sekolah ini perlu ikut peraturan jalanraya di dalam sekolah

6958

Pepatah berkata, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Begitulah pendekatan yang diambil oleh Cikgu Zulkifli Ismail untuk memberi pendedahan awal mengenai info peraturan jalanraya kepada murid-muridnya.

Guru di Sekolah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Kedah ini mengecat kaki lima bilik darjah di sekolahnya dengan corak jalanraya. Ia bukan sahaja menjadikan suasana unik, malah dapat memberi peluang murid-murid di situ mempelajari asas keselamatan jalanraya.



Menurut semakan di laman Facebook Cikgu Zulkifli, kerja-kerja mengukur dan mengecat kaki lima itu juga dilakukan secara bergotong-royong.

Mungkin murid-murid di sini perlu berjalan seperti mana kereta kita dipandu di jalanraya sebenar kerana terdapat lorong siap dengan garisan. Malah ada juga lintasan zebra!

Memang kreatif. Syabas kepada Cikgu Zulkifli kerana berjaya menerapkan suasana menarik di sekolahnya dan semoga murid-murid ini akan menjadi pengguna jalanraya bijak suatu hari nanti.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here