Lubang di tengah rim motosikal? Ini sebab dan fungsinya

2131

Kenapa, jika anda perhatikan, terdapat lubang di pada bahagian tengah sportrim motosikal? Cuba anda perhatikan motosikal yang menggunakan sportrim.

 lubang di bahagian tengah sportrim

Biasanya pada sesetengah rim, terdapat lubang di bahagian tengah yaitu lebih tepat pada hub sportrim itu.

Bermula dari skuter hingga ke motosikal biasa, kebanyakan rim motosikal mempunyai lubang ini.

Rupa-rupanya, lubang ini bukanlah salah satu corak atau gaya yang diterapkan terhadap sesuatu sportrim. Sebenarnya lubang ini mempunyai suatu fungsi yang sangat penting.

Fungsi tersebut adalah, lubang yang terletak di tengah-tengah sportrim ini berfungsi untuk  membantu melepaskan haba di rim.

Apabila digunakan ketika menunggang motosikal, putaran roda motosikal boleh menghasilkan haba yang berasal dari batang shaft belakang (rear wheel shaft).

 lubang di bahagian tengah sportrim

Dengan adanya ruang ini, ia pasti membantu mempercepat proses penyejukan di sportrim ketika ia berputar.

Walaupun roda berputar dengan cepat, udara masih boleh masuk dan menyejukkan rim.

Tidak hanya terdapat pada rim asal dari kilang, lubang ruang udara ini juga terdapat pada rim keluaran aftermarket.  Di samping itu, dengan adanya lubang ini, ia boleh mengurangkan berat keseluruhan sesuatu rim.  

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here