5 kereta termahal yang terjual di eBay sepanjang 2019

2575

Dunia semakin canggih, bahkan membeli kereta sekarang tidak perlu datang ke pusat jualan. Melalui internet, orang ramai boleh membeli kereta melalui market place. Salah satu tempat pasaran yang mempunyai jumlah paling banyak transaksi jualan kereta adalah eBay.

eBay mengeluarkan kereta paling mahal yang pernah dibeli pada tahun 2019, tepatnya dari tempoh 1 Januari hingga 6 Disember 2019. Menariknya, beberapa kereta Lamborghini disenaraikan sebagai kereta paling mahal di eBay. Berikut adalah senarai lengkap:



  1. Lamborghini Aventador LP700-4 Roadster

eBay

Lamborghini keluaran pada tahun 2015 ini telah dijual di eBay dengan harga USD 349,800 atau sekitar RM1,435,054. Lamborghini ini mempunyai bumbung terbuka yang menjadikan kereta ini lebih menarik.

2. Lamborghini Urus

eBay

Di tempat kedua masih diduduki oleh jenama dari Itali itu, yaitu Lamborghini Urus. Lamborghini Urus dijual pada harga USD 245,995, atau sekitar RM1,009,194 di eBay pada tahun lepas.

3. Ford GT

eBay

Di tempat ketiga adalah sebuah jentera dari Ford, yaitu Ford GT 2005 yang dijual pada harga USD 220,000 atau RM902,550.

4. Mercedes-Benz G-Class

eBay

SUV baru dari Mercedes-Benz yang baru mendapat penyegaran ini juga termasuk kereta paling mahal yang dijual dengan harga USD 219,000 atau RM898,447.

5. Lamborghini Huracan LP580-2

eBay

Di tempat terakhir adalah Lamborghini Huracan keluaran pada tahun 2019 yang dijual dengan harga USD 209,900 atau sekitar RM861,114.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here