Bugatti Chiron Vainqueur de Coeur versi termahal untuk jutawan Pak Arab

2477

Bugatti Chiron adalah salah satu kenderaan paling mahal di dunia dengan beberapa edisi khas dan terhad. Kali ini, Bugatti Chiron yang berwarna terang dan digelar Bugatti Chiron Vainqueur de Coeur atau James Edition awal tahun ini tampil di Seven Car Lounge di Riyadh, Arab Saudi.

Walaupun masih baru, nombor pada odometer dalam kereta ini bukanlah sifar tetapi telah menunjukkan 603 kilometer. Sehingga kini, identiti pemilik asal masih belum jelas, tetapi dia jelas mahu mempunyai rupa Chiron yang berbeza dari yang lain dan memilih untuk menjadikan hypercar itu dicat dengan warna biru yang sangat terang.



Bugatti Chiron Vainqueur de Coeur

Roda aloi Bugatti Chiron Vainqueur de Coeur mendapat warna krom glossy dengan caliper brek yang bewarna hitam. Terdapat juga tulisan besar ‘Vanqueur de Coeur’ di bahagian bawah spoiler dan hiasan nombor 10 yang disertakan pada grille hadapan.

Bugatti Chiron Vainqueur de Coeur

Untuk ruangan dalam, bahagian kabin digantikan dengan kulit bewarna coklat yang memukau dan mewah dengan jahitan kontras putih. Selain itu, tali pinggang keledar gentian karbon, brushed aluminum accents, dan sulaman ‘Vanqueur de Coeur’ pada headrests juga disertakan.

Bugatti Chiron Vainqueur de Coeur

Jentera itu kini dipamerkan dengan harga US $ 3.95 juta atau sekitar RM16.2j, atau lebih mahal US $ 1 juta dari varian Chiron. Malah Bugatti Chiron Sport yang terhad juga lebih murah pada $ 3.26 juta.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here