Maximum Attack 2019 tutup tirai dengan adrenalin dan semangat pemanduan di litar

2991

Acara Maximum Attack 2019 menjadi satu acara ideal sebagai penutup dekad 2010-2019 untuk pemilik kereta dan permotoran.

Ini kerana acara pada 28 Disember 2019 itu dipenuhi dengan aktiviti seperti track day untuk yang mahu memandu sambil terokai kemampuan diri dan jentera, time attack untuk yang benar-benar mahu bersaing dan Club Parade untuk pemanduan santai di litar.



Jadi ia acara untuk semua jenis peminat kereta dan permotoran, tidak kira anda pemandu macam mana pun!

Maximum Attack 2019 ini dianjurkan oleh Kstore Motorsport dengan kerjasama RAB Garage, Ftuned Racing dan Motorsport Playground. Ia bermula pada 2 petang dan berlarutan hingga jam 11 malam.

Untuk kehadiran dan penyertaan, dilaporkan 100 kereta untuk Time Attack, 50 kereta Track Day dan 150 kereta untuk perarakan kelab (Club Parade).

Antara kelab yang menyertai Maximum Attack 2019 ini adalah Malaya Sprinter, GM6 Society Malaysia, HBOC BR-V Club Malaysia, dan Johor City Club.

VIP dan VVIP yang menghadiri acara ini adalah BHPetrol Racing Team dan Hanafi Hussein. Tidak kurang juga tetamu khas, dua nama yang tidak asing lagi dalam dunia permotoran, Encik Farouk (Ftuned Racing) dan Mr Remus (Motorsport Playground). Otai-otai turun sendiri ni!

Berikut adalah senarai kategori yang dipertandingkan sepanjang Maximum Attack 2019:

  • Master of Speed
  • Master of Endurance
  • Auto/CVT below 2,500cc
  • Super 1600 Open
  • Super 1800 NA
  • Super 2000 NA
  • Open cc
  • Kei Car Open
  • Honda City Cup
  • Perodua Myvi Cup

Semua pemenang menerima trofi kayu berbentuk Litar Antarabangsa Sepang. Hadiah merupakan tajaan dari Ftuned Racing Suspension, Motorsport Playground dan SSAD.

Acara seterusnya dari kumpulan penganjur sama dikatakan SuperGG 2020. Sama-sama kita nantikan!

Syabas kepada semua untuk acara Maximum Attack 2019 yang gempak!

Teks/gambar: Redox Projex

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here