“Tolak Vellfire, Saya Pilih Proton” – Syed Saddiq

2187

Isu kenderaan rasmi untuk kegunaan menteri dan juga timbalan menteri nampaknya telah menarik perhatian ramai orang termasuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, baru-baru ini.

Syed Saddiq

Isu ini rancak dibahaskan dalam media sosial apabila dikhabarkan menteri dan timbalan menteri akan menggunakan Toyota Vellfire sebagai kenderaan rasmi untuk kegunaan menteri. Ianya telah menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat tempatan.



Tidak berdiam diri, Syed Saddiq menerusi laman Twitter miliknya turut menyuarakan pendapat peribadinya. Menurutnya, beliau menolak kereta rasmi jenis Toyota Vellfire dan juga Mercedez Benz sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

 kenderaan rasmi untuk kegunaan menteri

Terdahulu, isu mengenai kenderaan rasmi kerajaan telah menjadi topik perbualan hebat apabila kereta Vellfire disyorkan sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Walau bagaimanapun, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengesahkan bahawa kereta Proton Perdana kekal sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here