Casey Stoner lelong baju perlumbaan untuk kebakaran di Australia

1582

Selepas beberapa waktu lalu berkata akan mengumpul dana untuk mangsa-mangsa kebakaran hutan di Australia, Casey Stoner kini akan lelong baju perlumbaannya.

Baju perlumbaan yang dilelong ini adalah yang dipakainya ketika memenangi MotoGP Aragon pada tahun 2010.



MotoGP Aragon 2010 merupakan kemenangan ke-21 daripada 38 kemenangan dari 115 perlumbaan yang dilalui oleh Casey Stoner sebelum bersara dari arena MotoGP pada tahun 2012.

Ia juga merupakan yang pertama daripada 3 kemenangan pada musim terakhir Stoner bersama Ducati pada tahun 2010.

Stoner lelong baju

Lelongan ini diumumkan oleh juara dunia dua kali MotoGP itu melalui akaun Instagram peribadinya.

Semua wang yang diperoleh dari lelongan ini akan diberikan kepada badan Australian Red Cross. Untuk para peminat yang ingin menyertai lelongan ini boleh membidanya sehingga pukul 3 petang pada hari Jumaat (24/1/2020).

View this post on Instagram

It’s been difficult watching the bushfires at home while on holidays in the US. It has, however, been heart-warming being overseas at this time and seeing the international support being given to our country during this terrible devastation. I am saddened by all the lives that have been impacted and the terrible impact upon our land and its animals. Spending much of my younger years in rural communities, I am closely connected to our land, and I feel this deeply. To assist in raising funds for those affected, I am for the first time auctioning a piece of my beloved MotoGP memorabilia from my private collection. My 2010 Aragon winning race suit, which I wore in my final year with Ducati and on a circuit I remain undefeated is available for you to bid on and help me to hopefully raise some significant funds to assist the Australian Bushfire Relief. To make a bid, please go to the link in my bio.

A post shared by Casey Stoner (@official_cs27) on

Sebelum Stoner lelong baju tersebut, sudah ada beberapa pelumba terkenal yang turut membantu kebakaran hutan di Australia.

Antaranya ialah pelumba MotoGP, Jack Miller, yang melelong topi keledarnya. Selain itu, Lewis Hamilton, juara Formula 1 6 kali, juga menyumbangkan wang berjumlah RM2.7j kepada mangsa kebakaran.

Juga pelumba Formula 1 dari Australia, Daniel Ricciardo, yang mengumpul dana menerusi lelongan baju perlumbaannya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here