Chevrolet Corvette Stingray C8 pertama dijual pada RM12.2j

2522

Chevrolet Corvette Stingray C8 2020 pertama dijual pada harga USD3 juta atau bersamaan dengan RM12,226,800 kepada pengumpul dan pemilik pasukan NASCAR, Rick Hendrick di acara lelongan Barrett-Jackson pada hujung minggu lalu.

Chevrolet Corvette Stingray C8

Selepas lelongan untuk kereta yang berkod VIN #001 ini, ia akan dibina dalam beberapa minggu akan datang. Chevrolet Corvette Stingray C8 ini akan dicat hitam dan mempunyai ruangan dalam yang bewarna hitam, sesuai dengan kehendak pembelinya.



Corvette Stingray akan disertakan dengan Z51 Performance Package, trim 3LT, perakam data prestasi dan kerusi GT2. Chevrolet menyediakan Corvette Torch Red untuk tujuan paparan semasa lelongan yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif GM (CEO) Mary Barra.

Tawaran permulaan harga kereta ini bermula pada USD200,000 (RM815,120) dan cepat melepasi USD1 juta (RM4,075,600) sebelum melonjak USD2 juta (RM8,151,200) dan akhirnya dijual pada USD3 juta (RM12,226,800).

Chevrolet Corvette Stingray C8

Hendrick adalah pengumpul kereta yang produktif. Dia memang suka membeli kereta baru pertama.

Kira-kira 12 bulan yang lalu, beliau membayar USD2.5 juta (RM10,189,000) untuk Ford GT Heritage Edition yang pertama. Hendrick juga mempunyai Chevrolet Camaro ZL1 1LE 2018 pertama, Acura NSX 2017 pertama, Stingray C7 Corvette pertama, C7 Z06 pertama dan C7 ZR1 pertama.

Semua wang yang diperoleh dari penjualan akan disalurkan kepada Detroit Childrens’ Fund yang bertujuan meningkatkan pendidikan awam di seluruh Detroit.

“Saya adalah peminat nombor satu Corvette di dunia,” kata Hendrick selepas lelongan. “Terima kasih kepada Chevrolet dan Barrett-Jackson, kerana mereka selalu membuat amal yang begitu baik dan membantu ramai orang.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here