Hennessey cipta casis teringan dan terkuat di dunia untuk Venom F5

1661

Hypercar Hennessey Venom F5 akan menggunakan casis gentian karbon yang ringan dan paling kuat di dunia. Seperti apakah teknologi ini?

casis

Hennessey berkata, ketegaran kilasan casis ini berukuran 52,000Nm per darjah. Angka ini melebihi ketegaran kilasan casis 50,000Nm milik Bugatti Chiron. Istimewanya, casis Hennessey ini beratnya hanya 86 kilogram.



Casis gentian karbon ini akan dipadankan dengan enjin V8 6.6-liter yang akan menghasilkan kuasa kuda dan tork yang tinggi.

casis

Digelar Fury, enjin V8 twin-turbo dibina dengan blok LS, gabungan komponen ringan dan bahagian berteknologi tinggi; seperti wastegate aliran tinggi, injap tamparan, suntikan bahan api (2 setiap silinder), headers and downpipes turbo yang diperbuat daripada stainless steel, serta sistem ekzos titanium.

Ini mendorong kepada kuasa hypercar untuk mencapai sehingga 1,817hp pada 8,000 rpm dan 1,617Nm tork pada 5,500 rpm. Lebih 1,356Nm tersedia di antara 2,000 dan 8,000 rpm, manakala redline pada 8,200 rpm.

Venon F5 telah dibangunkan untuk masa yang lama, tetapi butiran terakhir tentang prestasi kereta ini belum didedahkan. Walau bagaimanapun, sasaran syarikat adalah melebihi 500km/j, dengan mengalahkan pemegang rekod semasa, Bugatti Chiron (catatan bukan rasmi 490km/j) dan Koenigsegg Agera RS (447km/h yang diiktiraf oleh Guinness Book of Records) .

Untuk makluman anda, Bugatti menggunakan prototaip Chiron yang diubahsuai menjadi edisi khas Super Sport 300+, untuk merebut kembali mahkota kereta terpantas di dunia. Hypercar yang berpangkalan di Molsheim ini mencatat kelajuan sehingga 490.484km/j.

Koenigsegg juga berminat untuk melepasi kelajuan 500km/j. Mereka dilaporkan merancang siri keluaran yang mempunyai keupayaan ini. Model ini dikhabarkan akan dipratonton melalui Mission 500 Concept di Geneva Motor Show 2020, yang berdasarkan kepada Jesko.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here