Hennessey VelociRaptor Ranger-Versi Ford Ranger luar biasa

2994

Jika rasa trak pikap, Ford Ranger Raptor masih lagi hambar dan tidak cukup garang, Hennessey VelociRaptor Ranger boleh jadi penggantinya.

Hennessey kini memberi pilihan Ford Ranger versi lebih agresif yang digelar VelociRaptor Ranger.

Secara kasarnya, ia tampak seolah-olah trak pikap yang sudah bersedia untuk menerjah laluan off-road.



VelociRaptor Ranger kini lebih tinggi empat inci berbanding model standard selepas Hennessey menaik taraf sistem suspensi kepada Stage 1.

Jentera berkenaan dipadankan rim 17 inci HPE yang dibaluti tayar off-road BF Goodrich. Kombinasi rim, suspensi dan tayar itu membuatkan trak pikap berkenaan lebih tinggi sebanyak 9 inci berbanding versi stok.

Aksesori lain yang boleh dilihat adalah bampar hadapan baharu dengan padanan lampu LED dengan padanan winch yang dinaik taraf, selain sebatang lampu LED pada bahagian bumbung.

Tidak cukup dengan penampilan luaran sahaja, rangkaian kuasa asal 2.3 liter turbocharged di bawah bonetnya dipertingkatkan dari 270hp kepada 350hp, manakala tork 420 kepada 521Nm.

Kuasa yang lebih itu datangnya dari sistem induksi udara bertekanan tinggi baharu, sistem ekzos dan pemetaan semula ECU. Ia mampu memecut antara 0-96 kilometer sejam (km/j) dengan mencatat 6.1 saat dan lebih pantas 1.3 saat berbanding standard.

VelociRaptor Ranger ditawarkan dengan jumlah yang terhad iaitu 500 unit sahaja dan dijual pada USD64,950 (RM264,801).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here