Pasukan KTM umum jadual pelancaran jentera baru untuk MotoGP 2020 – Ada warna baharu selain oren dan biru gelap!

1749

Pasukan KTM mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan livery 2020 mereka pada 18 Februari ini.

Pasukan KTM

Pelancaran ini akan berlangsung di markas utama penaja utama, Red Bull, Austria.



Majlis pelancaran itu boleh ditonton di pelbagai saluran Media Sosial, iaitu Facebook, Instagram dan YouTube milik KTM.

Majlis pelancaran ini akan dihadiri pelumba Red Bull KTM, Pol Espargaro dan Brad Binder.

Pasukan KTM

Pada masa sama, Miguel Oliveira dan Iker Lecuona juga akan memeriahkan acara ini sebagai pelumba KTM Tech 3.

Warna pasukan livery Red Bull KTM Tech 3 akan berbeza pada MotoGP 2020.

Tech 3 akan menggunakan warna dalam salah satu produk penaja utamanya, Red Bull, iaitu Red Bull Organics, dengan cola, lemon, halia dan tonik.

Gabungan warna akan sangat berbeza dari sebelum ini. Dimana sebelum ini, kombinasi warna yang digunakan hanyalah  warna biru dan oren seperti pasukan Formula 1, Toro Rosso. 

Dengan kombinasi warna baru ini, bos pasukan KTM Tech3, Herve Poncharal, membawa semangat baru untuk MotoGP 2020.

Sebelum ini, Ducati telah memperkenal pasukan MotoGP untuk musim 2020 di Bologna, Itali, pada 23 Januari lalu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here