Harley-Davidson lancar The Screamin Eagle 131 Crate, enjin terbesar dalam sejarah, 2,147cc!

2426

Sudah tidak asing bagi jenama Harley-Davidson untuk membuat enjin yang berkuasa tinggi sebagai sumber kuasa barisan motosikalnya. Baru-baru ini Harley membina sebuah enjin baru dengan 2,147 cc atau dipanggil The Screamin Eagle 131 Crate Engine yang menjadi enjin terbesar dibuat oleh Harley-Davidson dalam sejarah.

Menariknya, ia boleh dibeli secara berasingan dan juga boleh menguasakan motosikal model 2017 dan ke atas serta Harley-Davidson Touring. Enjin besar untuk motosikal ini mempunyai nisbah mampatan 10: 7: 1 ditambah penyuntik bahan bakar yang boleh menyuntik hingga 5.5 gram bahan api sesaat.



Konfigurasi enjin masih mengekalkan stroke 4.5 inci, silinder bore 4.31 inci, throttle body 54mm, dan camshaft yang tinggi untuk menghasilkan lebih banyak kuasa. Enjin ini turut dipadankan dengan ekzos Street Canon untuk menghasilkan 131Nm tork dan 121Hp. Pada masa sama, ia sesuai untuk Harley-Davidson Touring dengan oil-cooled atau twin-cooled Milwaukee 8. Bagaimanapun, enjin ini tidak sesuai untuk motosikal jenis Trike.

The screamin eagle 131 crate engine

“Pelanggan yang mementingkan prestasi enjin, mahukan kuasa dan tork menabjubkan. Screamin Eagle 131 Crate Engine boleh memenuhi permintaan mereka,” kata Pengurus Produk Harley-Davidson, James Crean.

Enjin baru ini tentu saja juga boleh dinaik taraf dengan menggunakan barangan daripada selepas pasaran. Namun, sudah tentu ia akan menjejaskan jaminan kilang yang ditawarkan oleh Harley-Davidson dalam pakej jualan.

Untuk harga, Harley-Davidson menawarkan mesin ini dengan harga USD6,195, (RM25,185) untuk jenis oil-cooled. Bagi twin-cooled pula, ia berharga USD6,395 (RM25,998).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here