V1rus Corona: Formula 1 GP China bakal dibatalkan?

1310

V1rus Corona kini merupakan masalah kesihatan yang dikhuatiri sejak awal tahun ini di China. Peny4kit yang menyerang saluran pernafasan ini telah membunvh 17 mangsa.

v1rus Corona

Sejumlah negara sedang berusaha untuk mencegah v1rus Corona. Rupa-rupanya, penyakit ini juga memberi kesan kepada satu acara perlumbaan yang berprestij di China.



Chinese Motor Sports Federation (CMSF) mengumumkan bahawa perlumbaan rally yang akan diadakan pada 12-14 Februari 2020 secara rasminya dibatalkan.

Bukan itu sahaja, CMSF juga mengharamkan pelaksanaan semua acara perlumbaan sehingga April 2020. Walau bagaimanapun, berita ini segera dipadamkan oleh mereka kerana ia menyebabkan kekacauan dalam penyediaan acara Formula 1.

Ya, Litar Antarabangsa Shanghai akan menjadi tuan rumah acara perlumbaan yang berprestij itu pada 19 April, 2020. Pada masa ini, masih terlalu awal untuk mengisytiharkan pembatalan acara tersebut.

Tidak dinafikan lagi, v1rus Corona tersebar dengan cepat. Sekurang-kurangnya 575 kes telah dilaporkan terjadi di China. Bandar Wuhan, yang merupakan pusat wabak itu, kini dalam kuarantin untuk menghalang penyebarannya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here