Daripada 500 unit, kini Bugatti Chiron hanya tinggal 100 unit dan akan ‘pupus’ pada 2021

2347

Bugatti Chiron pertama kali dihasilkan pada tahun 2016. Pada masa itu, hypercar ini hanya dihasilkan sebanyak 500 unit. Lima tahun sudah berlalu, sekarang Bugatti masih mempunyai 100 unit stok jentera ini. 

Chiron

Pihak Bugatti telah mengatakan bahawa jumlah itu akan menjadi stok terakhir bagi Bugatti Chiron, tetapi tidak termasuk varian lain, seperti Divo atau Centodieci.



Chiron

Ini menunjukkan bahawa pengeluaran Chiron akan berakhir. Ketua Pegawai Eksekutif Bugatti, Stephan Winkelmann berkata berakhirnya tempoh pengeluaran Chiron hingga akhir tahun 2021.

Walaupun demikian, Bugatti bersedia untuk memberikan sesuatu yang baru, walaupun belum menjelaskan spesifikasi secara terperinci. Menurut Winkelmann, pihaknya mempunyai beberapa idea dan meneruskan projek yang menarik.

“Kami akan menghadirkan kenderaan berprestasi tinggi pada tahun 2020, kerana Bugatti terus bekerja mengikut falsafah membangunkan kereta terbaik di dunia,” kata Winkelmann.

Kemungkinannya, model ini adalah GT 4 pintu atau SUV. Model ini juga mungkin merupakan kenderaan elektrik yang akan membawa Bugatti untuk meneroka segmen itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here