8 kereta yang nampak cun dengan warna kuning

8177

Ramai berpendapat kuning bukanlah warna yang paling cun atau cantik untuk sesebuah kereta, lebih-lebih lagi jika ia kereta penumpang bersaiz sederhana dan besar.

Tetapi ada pengecualian dimana kereta-kereta yang kami senaraikan di sini nampak cukup cantik merecik dengan warna kuning. Dan seperti yang anda jangkakan, kebanyakan model kereta di bawah adalah model istimewa dan terhad dari pengeluar masing-masing.

  1. Lexus LF-A



Walaupun Lexus/Toyota tidak membuat sebarang keuntungan dengan pengeluaran supercar ini, kami tetap bersyukur kerana mereka tetap menghasilkan LF-A.

Jika ada satu bunyi saja yang perlu kami pilih untuk dengar seumur hidup, pastinya kami pilih bunyi ekzos Lexus LF-A ini.

  1. McLaren GT-R

McLaren F1 GT-R 1995 (kiri) dan McLaren P1 GT-R

Kebanyakan model McLaren menggunakan warna oren unik mereka sebagai warna rasmi atau hero colour. Tetapi untuk model istimewa kegunaan litar, McLaren GT-R, jentera ini hanya boleh didapati dengan warna kuning dan dilapisi dengan warna hijau dan hitam.

  1. Toyota GR Supra

Walaupun Toyota Supra generasi terbaharu atau A90 ini selalu dikritik kerana persamaannya dengan model BMW Z4, tiada yang betul-betul mengkritik rupa luarannya.

Supra ini sebenarnya nampak sangat menggoda dengan warna kuning, seperti sebuah kereta idaman kanak-kanak Jepun.

  1. Porsche 718 Cayman/Boxster

Porsche 718 Boxster

Sama ada GT4 atau model standard Boxster dan Cayman, siri 718 ini ternyata sangat cantik dengan warna kuning.

Warna kuning sebenarnya sangat sesuai dengan mana-mana model sports Porsche, dan jika anda hendak beli 718 Cayman atau 718 Boxster, pilih sahaja warna kuning dan anda tidak akan menyesal.

  1. RUF CTR

RUF CTR 2017

Tak kisah RUF Yellowbird original atau model baharu CTR 2017, kedua-dua kereta ini pasti akan menceriakan anda.

Lagipun pada namanya sudah ada perkataan Yellow, apa lagi anda mahu bantah?

  1. Renault Megane RS

Renault Megane 230 F1 R26

Model inilah yang memulakan trend hot hatch berwarna kuning. Dan tengok sahaja versi 230 F1 R26 sempena pasukan Renault F1 tahun 2006 ini, anda sanggup kata kereta ini tidak cantik?

Baca juga pandu uji Renault Megane RS 280 Cup 2019 kami di sini.

  1. Proton Satria Neo

Bukan sahaja Proton Satria Neo S2000 versi rali hadir dengan warna kuning, terdapat juga edisi CPS R3 yang ditawarkan dengan warna sama.

Selain dari jenama kereta nasional yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dalam kejuaraan rali, ia juga sama dengan warna jersi Harimau Malaya yang menjadi “duta” negara dalam sukan bola sepak.

  1. Perodua Myvi

Disebabkan Myvi generasi terkini tidak ditawarkan dengan warna kuning, Myvi asal dengan warna kuning boleh dikatakan model lagenda di Malaysia kerana banyak sebab.

Lagipun ini Myvi kot, berani korang lawan lagi?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here