Fernando Alonso dedah kelemahan Lewis Hamilton

1237

Lewis Hamilton telah menguasai perlumbaan Formula 1 pada tahun-tahun kebelakangan ini. Bekas musuh dalam selimutnya tahu di mana titik kelemahan Lewis Hamilton untuk menundukkan pelumba pasukan Mercedes itu.

kelemahan Lewis Hamilton

Musuh dalam selimut yang dimaksudkan adalah Fernando Alonso, yang merupakan rakan sepasukan Lewis Hamilton dalam pasukan McLaren pada tahun 2007.



Hubungan antara Fernando Alonso, Lewis Hamilton dan juga pasukan McLaren tidak begitu baik. Dia juga menamatkan kontraknya lebih awal.

Fernando Alonso, yang bersara dari perlumbaan Formula 1 pada akhir musim 2018, dan mungkin kembali ke perlumbaan Formula 1 tahun depan, mendedahkan kelemahan Lewis Hamilton.

Fernando Alonso akui dalam majalah Formula 1 Racing bahawa kembali bersatu dengan Lewis Hamilton akan menjadi ‘baik’.

“Dia melangkah ke hadapan, dia lebih kompetitif, dan lebih bersedia,” kata Fernando Alonso tentang juara dunia F1 enam kali, Lewis Hamilton.

“Dia masih mempunyai beberapa titik kelemahan. Tiada siapa yang memanfaatkan kelemahan itu,” katanya.

Alonso berkata, salah satu kelemahan utama Hamilton adalah ‘lambat panas’ pada permulaan musim.

kelemahan Lewis Hamilton

“Hamilton memulakan permulaan pada setiap tahun dengan perlahan dan tiada siapa yang mendapat faedah daripadanya,” kata bekas pelumba Formula 1, Minardi, Renault, Ferrari dan McLaren itu.

“Amat bagus untuk bersaing dengannya dalam persaingan yang betul. Mungkin kelemahannya tidak berapa jelas, tetapi ia akan untuk dijumpai,” katanya.

Menarik untuk ditunggu, adakah para pelumba lain akan memanfaatkan kelemahan Lewis Hamilton pada permulaan musim Formula 1 2020?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here