Proton 3S terbaharu dibuka di Puchong oleh Lesydear Automobile

2326

Lesydear Automobile Sdn Bhd secara rasminya telah membuka sebuah cawangan Proton 3S di Puchong. Pembukaan itu dirasmikan oleh Yang Berhormat Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Fasiliti yang terletak di Bandar Bukit Puchong ini mudah diakses melalui lebuhraya LDP dan dibangunkan untuk menampung permintaan di kawasan berdekatan.



Cawangan yang menelan belanja RM2.5 juta ini mempunyai 6 ruang servis dan 4 pengangkat serta mampu memuatkan 5 kereta di ruang pameran.

Untuk keselesaan pelanggan, terdapat bar kopi, tempat mengecaj laptop dan wifi percuma.

Setakat ini, Proton mempunyai rangakaian 3S dan 4S terbesar di seluruh negara dengan jumlah 12 kesemuanya.

Billy Koh Beng Teck, Pengarah Lesydear Automobile berkata: “Kami berbangga dapat menjadi sebahagian dari keluarga Proton. Ia telah berikan kami platform untuk menawakan produk yang baik kepada pelanggan kami dengan pengalaman pemilikan yang bagus.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here