Kisah meruntun jiwa seorang suami ajar isteri sama-sama buat GrabFood

3712

Setiap pasangan biasa diuji dengan keperitan hidup dan kesusahan. Kadang-kadang kita terpaksa berkorban demi keperluan dan masa depan keluarga yang lebih terjamin.

Apa pun yang terjadi adalah satu ujian yang menguji sejauh mana kesabaran dan kesetiaan pasangan masing masing, redha dan bersangka baik lah.

Gambar hiasan. foto Sinar Harian

Satu perkongsian dari Facebook tentang seorang suami yang mengajar isterinya bagaimana cara untuk bekerja sebagai penghantar makanan GrabFood boleh di jadikan pengajaran untuk kita bersama. Kisahnya seperti berikut..



“Semalam saya order Grab food. Lepas order confirm, saya ternampak rider yg mengambil makanan itu adalah seorang wanita.

Saya cakap dengan Liza.. ’Rider perempuan, awak je ambil depan rumah nanti..’

Tunggu 30 minit, saya dapat message pesanan dah dihantar.

Ganjilnya, rider tak sampai lagi.

Lepas 5 minit, Grab Food talifon saya cakap rider tu orang baru dan dia tertekan dah deliver.

Saya cakap takpe.

Lagi 15 minit, rider pun sampai.

Ganjilnya 2 motor yg tiba.

Motor pertama seorang lelaki menuju kepada isteri saya dan berkata…‘Maaf lambat, saya sebenarnya mengajar isteri saya macam mana nak buat Grab Food. Tu isteri saya..’

Liza pun menghulurkan RM5 kepada wanita itu.

Wanita itu nampak tak faham dan bertanya suaminya..

‘Duit apa ni..? Bukan dah bayar ke..?’

Suaminya bisik, ‘Duit tip..ambil je dan cakap terimakasih..’

Rider wanita itu nampak kekok mengambil duit itu.

Beginilah kengkawan, ragam hidup di kota raya.

Bukan mudah seorang suami nak membenarkan isteri kerja malam-malam.

Hidup di bandar raya bukanlah mudah. Sedikit pengorbanan kena dilakukan.

Selepas ayah saya meninggal, saya ingat emak saya bekerja syif termasuk syif malam nak membesarkan saya dan adik.

Beginilah pergorbanan mak dan ayah membesarkan kita.

Apa pun kita doakan pasangan Grab Food ini yg baik-baik.”

Sumber: Reza Zainal
Foto: SinarHarian

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here