BTS jadi duta Hyundai untuk perkenalkan kereta berbahan bakar hidrogen

3225

Pengilang kereta dari Korea Selatan, Hyundai mempunyai strategi dalam mempromosikan produknya iaitu dengan melantik artis K-Pop sebagai duta. Selepas Kia melantik kumpulan BlackPink, kini giliran Hyundai pula untuk melantik kumpulan BTS (Bangtan Boys) sebagai duta.

BTS Hyundai

Kerjasama ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan kenderaan berbahan bakar hidrogen. 



Hyundai NEXO FCEV

Dalam promosinya, BTS akan menyampaikan mesej dan menggambarkan keindahan bumi dan kepentingan melindungi alam sekitar. Mesej tersebut disertakan dalam gambar Hyundai NEXO FCEV, mewakili pelaburan syarikat dalam pengembangan mobiliti masa depan.

“Hyundai Motors mahu mendedikasikan gaya hidup mobiliti yang sesuai dan mesra alam,” kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran Hyundai Motor, Wonhong Cho.

Sebelum ini, BTS telah berkempen sebagai duta bagi jenama Hyundai global apabila hadir di Anugerah Grammy ke-62 dengan memandu kereta NEXO.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here