Lexus LFA milik Paris Hilton kini dilelong, harga cecah hampir RM2.1j

2424

Pada tahun 2011 yang lalu, teman lelaki selebriti popular, Paris Hilton telah memberinya hadiah sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-30. Paris diberi hadiah sebuah supercar iaitu Lexus LFA.

Lexus LFA

Warna asal kereta ini ialah kuning, tetapi telah ditukar menjadi warna putih. Ini kerana hubungan Paris dengan teman lelaki itu telah berkahir, namun di sukakan kereta itu.



Jadi, Paris telah menukar warna Lexus LFA ini menjadi putih. Mungkin boleh membantu dia move on?

Lexus LFA

Paris juga menggunakan kereta ini sehingga tahun 2014. Kemudian dia menggantikan jentera ini dengan McLaren 650S Spider.

Sekarang Lexus LFA ini akan dilelong. Harga lelongan supercar ini mencapai USD495,900 (RM2,104,153). Pada odometer, diketahui bahawa kereta ini hanya digunakan untuk bergerak dalam jarak 6,325 kilometer.

Badan kereta berwarna putih, manakala pada ruangan dalam adalah gabungan warna putih dan biru dengan bahan kulit dan trim gentian karbon.

Lexus sendiri hanya membuat 500 unit LFA dari tahun 2010 hingga tahun 2012. Supercar ini dikuasakan oleh enjin 4.8-liter V10 yang mampu menghasilkan 553hp.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here