Pencinta kelajuan? Mungkin Suzuki Hayabusa berkuasa 650hp ini untuk anda

2827

Sekiranya diri anda merupakan seorang pencinta kelajuan dan menginginkan jentera yang berkuasa tinggi, anda mungkin boleh memiliki sebuah Suzuki Hayabusa yang telah diubah suai menjadi 650hp ini.

Suzuki Hayabusa

Merupakan pemegang Rekod Kelajuan Dunia, jentera ini diubahsuai oleh Mick Ellis dari BDR Performance. Mick mengambil satu Suzuki Hayabusa standar dan memberikannya turbocharger untuk meningkatkan keupayaan dan kelajuannya melebihi 250km/j.



Isterinya, Becci Ellis kemudiannya menunggang jentera itu dan mencipta rekod dunia iaitu menjadi wanita terpantas menunggang sebuah motosikal dengan kelajuan maksimum 425km/j. Rekod ini dibuat pada Ogos 2014.

Ia merupakan rekod yang masih belum dipecahkan sehingga hari ini walapun Becci nyaris maut ketika cuba untuk memecahkan rekodnya sendiri pada tahun 2015.

Suzuki Hayabusa

Kini enam tahun sudah berlalu dan Suzuki Hayabusa ini kini sedia untuk dijual dengan harga £30,000 (RM163,580).

Jentera ini masih menggunakan enjin generasi pertama, 1300cc, yang dilengkapi dengan turbo Garrett GT35, teklologi suntikan bahan api Bosch, kotak gear yang diubahsuai, konrod Carrillo, piston mampatan rendah dan menggunakan bahan api oktana.

Walaupun jentera ini masih menggunakan reka bentuk badannya yang asal, pelana asalnya telah ditukar dengan pelana aftermarket dan lampu utama dan signal juga telah ditanggalkan.

Berikut ialah senarai spesifikasi lengkap dan butiran lebih lanjut mengenai jentera ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here