Utama Berita Automotif Kereta Formula ini sah digunakan atas jalan raya, tapi dengan satu syarat

Kereta Formula ini sah digunakan atas jalan raya, tapi dengan satu syarat

3

Sebuah syarikat kecil daripada Amerika Syarikat menawarkan kereta Formula yang boleh dipandu secara sah atas jalan raya. 

Model tersebut dinamakan sebagai FP3 bersempena dengan tetapan tiga roda secara standard dan dikategorikan sebagai sebuah autocycle supaya ia dapat dipandu secara sah atas jalan raya. 

Ia menggunakan sistem pacuan rantai yang sama seperti motosikal, dengan bahagian belakang yang boleh diubah menjadi konfigurasi empat roda. 

FP3 pada awalnya dirancang menggunakan enjin 1,100 cc daripada Aprilia. 

Namun pihak Ryn memilih untuk menggunakan enjin 1,340 cc daripada Suzuki Hayabusa dengan kuasa 210 hp dan 163 Nm. 

Dengan berat keseluruhan cuma 517 kg terima kasih kepada penggunaan bahan gentian kaca, FP3 boleh memecut sepantas 2.8 saat dari 0-96 km/j dan menghasilkan daya sehingga 2.6G ketika mengambil selekoh. 

Terdapat juga versi turbo yang mampu menghamburkan kuasa 290 hp dan 176 Nm.

FP3 dibina berdasarkan struktur separa monokok dengan rangka ruang dan panel aluminium, selain mempunyai struktur halo seperti jentera Formula moden

Jentera ini juga didakwa mampu menghasilkan daya mendap 317 kg, menjadikannya sesuai sebagai senjata ampuh di dalam litar lumba. 

FP3 Standard dijual pada harga US$78,499 (RM310,464) sementara FP3 Turbo pula berharga $101,499 (RM401,429). 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here