FIVE kini stesen minyak terbaharu, buka tawaran rakyat Malaysia jadi pengusaha stesen minyak

3572

FIVE Petroleum Malaysia Sdn Bhd telah secara rasmi mengumumkan kehadirannya di Malaysia. Mula beroperasi bulan ini di stesen pertama Kalumpang, Selangor, ia akan merevolusi industri petrol di negara ini.

Dalam memastikan ia dapat menyediakan petrol berkualiti tinggi, syarikat itu telah memperoleh kontrak pembekalan bahan api dari Petronas. Bahan api petrol FIVE ini dinamakan sebagai Ultimaxx.



FIVE akan diuruskan oleh kumpulan pengurusan sama yang membina Seng Group, sebuah syarikat yang telah mempelopori perniagaan runcit petrol sejak 1971.

Untuk pasaran Malaysia juga, FIVE akan menyediakan kemudahan mengisi minyak melalui teknologi dan inovasi terkini.

Ia juga akan menawarkan permulaaan perniagaan stesen minyak berskala lebih kecil dan lebih mudah untuk usahawan-usahawan baharu.

Ini akan mewujudkan peluang perniagaan baharu kepada rakyat Malaysia kerana ia merendahkan keperluan untuk menjadi pengusaha stesen minyak. Ini sekaligus akan melonjakkan ekonomi negara kerana stesen minyak boleh dibuka di kawasan-kawasan yang lebih terpencil.

Sebahagian dari gerakan digital di Malaysia, FIVE akan menampilkan aplikasi mudah-alih yang membolehkan pembayaran digital atau cashless (tanpa tunai).

Untuk kedai runcit pula, rangkaian ini akan diberi nama Woo! Mart dan akan turut menawarkan pelbagai program ganjaran kepada pelanggan tetap.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here