Seorang pekerja positif Covid-19, Shell Sungai Ramal ditutup

2781

Shell Malaysia mengesahkan bahawa seorang pekerjanya di Shell Sungai Ramal, Kajang telah diuji positif Covid-19 pada 21 Mac 2020, dan kini sedang menerima rawatan perubatan.

Shell Sungai Ramal

Shell Sungai Ramal ditutup dengan serta merta dan kerja pembasmian kuman sedang dijalankan di stesen minyak berkenaan. Sebagai langkah berjaga-jaga, semua kakitangan yang pernah bersentuhan dengan pesakit berkenaan diarahkan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di hospital kerajaan terdekat.



Shell Malaysia bekerjasama sepenuhnya dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan mengikuti semua prosedur dari KKM.

Keutamaan mereka adalah seperti biasa – keselamatan dan kesihatan rakyat dan pelanggan – dan operasi yang selamat dari semua perniagaan mereka. Mereka tetap komited dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai garis panduan keselamatan Shell mengenai langkah pencegahan Covid-19 di stesen minyak Shell, sila layari www.shell.com.my/COVID19.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here