Punca kenapa kadar kehausan tayar tidak rata

13925

Adakah anda mendapati tayar kenderaan anda mempunyai kehausan yang tidak rata atau haus pada sebelah bahagian? Hal ini sering berlaku dan mempunyai banyak punca.

kehausan tayar tidak rata

Antara salah satu puncanya ialah pemandu jarang untuk menukar posisi tayar secara berkala. Dengan menukar posisi tayar secara berkala, kadar kehausan pada tayar akan menjadi rata.



Walau bagaimanapun, dalam menukar posisi tayar, para pemandu tidak boleh cuai. Terdapat cara yang betul untuk menukar posisi tayar, yang boleh didapati dalam buku panduan kenderaan. Penukaran posisi tayar mestilah dilakukan pada setiap 10,000km perjalanan.

Penyebab lain kadar kehausan tayar tidak rata ialah para pemandu tidak melakukan alignment (penjajaran) dan balancing (imbangan) pada tayar tersebut. 

Alignment merupakan proses melurus semula kedudukan tayar agar selari dengan sudut roda stereng. Jika kedudukan tayar tidak betul, ia bukan sahaja mengakibatkan kadar kehausan tayar yang tidak rata malah juga akan menyebabkan kerosakan pada komponen lain.

Balancing pula merupakan proses pengimbangan tayar supaya tayar dapat berputar dengan baik dan tidak bergegar.

kehausan tayar tidak rata

Punca kadar yang terakhir ialah cara memandu oleh pemandu itu sendiri. Apabila pemandu melalui jalan yang tidak rata atau rosak, terdapat permukaan tayar yang tidak terdedah kepada permukaan jalan.

Bahkan apabila memandu dengan kelajuan yang tinggi pada jalan yang rosak, permukaan tayar yang terdedah pada permukaan jalan akan menerima daya geseran yang tinggi berbanding dengan permukaan tayar yang tidak terdedah pada permukaan jalan.

Selain itu, menekan pedal minyak dengan kuat pada jalan yang rosak juga sangat berbahaya. Ia bukan sahaja boleh mengakibatkan kerosakan pada rim, bahkan akan menjejaskan bahagian bawah kereta anda.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here