Covid-19: Geely guna dron untuk hantar kunci kereta kepada pelanggan

1342

Berikutan penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, syarikat pengeluar kenderaan dari China, Geely mempunyai cara tertentu untuk menghantar produk kepada pelanggan mereka.

Geely covid-19

Syarikat ini akan menghantar kenderaan mereka ke setiap rumah atau pejabat pelanggan mereka. Uniknya, kunci dari kenderaan ini tidak akan diserahkan secara langsung kepada pelanggan.



Malah, mereka akan menggunakan dron untuk menghantar kunci kenderaan kepada setiap pelanggan mereka. Hal ini dilakukan untuk mencegah berlakunya contact di antara pelanggan dan pengedar.

Dron tersebut akan menjatuhkan kunci kenderaan yang ditempah secara dalam talian (online) pada hadapan pintu atau balkoni rumah pelanggan. Geely berkata program ini telah diterapkan sejak awal bulan Febuari lalu, dimana kerjaan China telah menutup semua akses jalan raya berikutan penularan Covid-19.

Geely covid-19

Sejak dari itu, terdapat kira-kira 10,000 pelanggan telah menempah dan membayar kereta mereka menerusi dalam talian (online). Tempahan ini kemudian akan disahkan oleh pelanggan dan dihantar kepada pengedar tempatan untuk proses penghantaran. Menurut Geely, sebelum dihantar, semua kenderaan yang ditempah telah melalui proses ionization.

Sebelum ini, Geely telah menambah ciri penapis anti-bakteria ke model ICON yang baru. Ciri ini dikatakan dapat membantu mencegah virus memasuki ruangan kabin termasuk Covid-19.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here