PKP: Hentikan cacian kepada polis kerana buat sekatan jalan raya

3064

Orang awam diminta berhenti menyalahkan anggota polis ekoran berlaku kesesakan lalu lintas ketika sekatan jalan raya.

Ini kerana kerana tugas pasukan keselamatan itu adalah bagi memastikan orang ramai tidak keluar rumah tanpa alasan munasabah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

polis sekatan jalan raya



Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, orang ramai seharusnya mematuhi setiap arahan PKP yang dikuatkuasakan bagi membataskan pergerakan keluar rumah individu dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan Covid-19.

“Kami terpaksa membuat sekatan jalan raya di seluruh negara bagi membendung penularan wabak Covid-19, selain mengehadkan pergerakan keluar rumah orang ramai.

“Saya menasihatkan orang ramai yang tidak tersenarai dalam sektor perkhidmatan perlu untuk memahami arahan PKP, dan perlu melalui sekatan jalan raya,” katanya.

Menurutnya, jika berlaku kesesakan lalu lintas semasa sekatan jalan raya, orang awam diminta bersabar kerana pihaknya tidak mahu terlepas pandang jika ada individu tidak berkenaan keluar dari rumah.

“Saya minta mereka fikirkan keadaan kesesakan lalu lintas di lebuh raya dan Kuala Lumpur sebelum PKP dilaksanakan, jangan begitu manja dengan menyalahkan sekatan jalan raya,” katanya yang kesal kerana anggotanya turut menerima cacian daripada orang ramai kerana melakukan sekatan jalan raya di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, beliau sendiri turun ke lapangan untuk melihat anggota polis yang sedang bertugas di sekatan jalan raya dan menasihatkan mereka supaya bersabar dan bekerja dengan profesional.

“Alhamdulillah mereka menunjukkan kesabaran yang tinggi dalam menangani isu ini (menerima cacian). Orang ramai kena ingat bahawa anak buah saya, pihak tentera dan lain-lain pihak berkuasa yang bertugas di sekatan jalan raya seluruh negara juga mudah terdedah dengan risiko Covid-19,” katanya.

Abdul Hamid berkata kesemua mereka ini sedang berjuang untuk orang ramai dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here