Ganti Perodua Myvi selepas terbabit kemalangan dengan Lamborghini Huracan

4455

Seorang wanita tidak menyangka dihadiahkan kereta Perodua Myvi baru sebagai ganti selepas kereta Perodua Viva miliknya dilanggar dari belakang oleh pemandu kereta Lamborghini Huracan.

dihadiahkan perodua myvi

Dalam kejadian yang berlaku di Petaling Jaya itu baru-baru ini, pemandu Lamborghini Huracan itu terlanggar bahagian belakang kereta Perodua Viva yang dipandu oleh seorang wanita.



Kemalangan berlaku apabila pemandu Lamborghini Huracan itu dikatakan cuba memotong kereta Viva yang cuba membelok ke kanan di satu simpang tiga.

Syukur, kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan. Cuma Perodua Viva itu nampaknya mengalami kerosakan yang teruk di bahagian belakang.

Berikutan kemalangan itu, kedua-dua mereka dikatakan membuat laporan polis. Tetapi insiden itu tidak berakhir di situ.

Pemilik Perodua Viva tersebut dikatakan seorang wanita yang melakukan perniagaan penghantaran makanan masak dari rumah.

Nampaknya perniagaan untuk menghantar makanan itu terpaksa ditangguhkan seketika bagi menunggu urusan insurans sama ada menerima pampasan atau membaiki kenderaan itu.

Bagaimanapun, pemilik Lamborghini Huracan mengambil inisaitif untuk menghadiahkan Perodua Myvi kepadanya.

Kisah itu sangat menyentuh dan menarik perhatian warganet kerana keprihatinan pemilik Lamborghini itu untuk membantu mereka yang lebih memerlukan.

Sebelum ini, kami pernah buat video berhubung Lamborghini Huracan ini. Saksikan di bawah:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here