PKP: Sektor automotif dibenarkan untuk beroperasi

3142

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memberi kebenaran beroperasi kepada beberapa lagi sektor tambahan, termasuk sektor automotif.

sektor automotif beroperasi

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kebenaran diberikan kepada syarikat yang mempunyai kepentingan dalam rantaian bekalan global dan eksport, gandaan nilai tambah yang tinggi, impak ke atas kelangsungan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selain jumlah tenaga kerja yang terbabit.



“Jemaah Menteri mengambil keputusan untuk membenarkan beberapa sektor ekonomi tambahan beroperasi secara berfasa dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat.

“Keputusan kerajaan ini adalah hasil kaji selidik yang mendapati bahawa penularan Covid-19 bukan sahaja memberi kesan yang besar ke atas kesihatan, tetapi juga akan membawa mudarat kepada prestasi kewangan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat khususnya industri PKS sebagai penyumbang tenaga kerja terbesar di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi semasa lanjutan PKP adalah industri automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya atau CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan seperti penyelenggaraan).

Berikutan keputusan ini, syarikat di dalam sektor tambahan yang disenaraikan boleh membuat permohonan beroperasi kepada MITI bermula Isnin depan.

Semua permohonan mestilah dibuat secara atas talian di laman sesawang MITI, www.miti.gov.my. Hanya permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja akan diproses.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here