Sebuah Gemballa Mirage GT alami kemalangan jalan raya yang kosong di New York, kemudian cuba lari

4247

Sementara seluruh bandar New York menguatkuasakan perintah lockdown susulan penularan pandemik Covid-19, seorang pemandu Gemballa Mirage GT mengingkari perintah tersebut dan berakhir dengan kejadian yang tidak diingini.

Gemballa Mirage GT

Pemilik kepada Porsche Carrera GT versi modifikasi yang rare atau lebih dikenali sebagai Gemballa Mirage GT itu telah terbabit dalam satu kemalangan yang berlaku di Manhattan, dan mengakibatkan jentera tersebut rosak teruk.



Gambar dari tempat kemalangan yang berlaku di 11th Avenue, telah dimuat naik di media sosial dan memaparkan separuh bonet hadapan, bampar hadapan dan cermin hadapan jentera tersebut rosak teruk.

Jentera ini dikatakan bergerak dalam kelajuan tinggi ketika melalui jalan tersebut sebelum melanggar sebuah van yang diparkir ditepi jalan.

Pemilik kereta ini juga dilihat dalam satu video lain cuba meninggalkan lokasi kemalangan itu dalam keadaan keretanya yang separuh hancur itu.

Carrera GT crash

Aduh dah macam tu pun nak bawak lagi? Ke nak lari?Kredit: Instagram @bespoke_motors_stl

Posted by Motoqar on Tuesday, April 7, 2020

Gemballa, syarikat penalaan kereta dari Jerman, yang dikenali dengan penghasilan modifikasi dari jenama Porsche dan McLaren, hanya menghasilkan 25 buah Gemballa Mirage GT 2014, yang disertakan dengan enjin V10 5.7-liter yang mampu menghasilkan sehingga 661hp dan 630Nm tork.

Jentera ini mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 335km/jam dan dianggarkan bernilai USD750,000 (RM3.2juta).

Pemilik supercar tersebut telah dikenal pasti oleh media Amerika Syarikat sebagai Benjamin Chen, seorang pengumpul supercar yang berusia 33 tahun.

Chen akan didakwa kerana memandu dan mengendalikan kenderaan dibawah pengaruh dadah. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here