Replika Honda Civic Type-R yang dibuat dari 320,000 kepingan Lego

2493

Peminat Lego di Australia telah menghasilkan replika keseluruhan Honda Civic Type R dari kepingan bata Lego yang kecil untuk membantu menyambut pelancaran rancangan televisyen tempatan iaitu Lego Master.

Lego Honda Civic Type R

Pasukan yang dianggotai 9 orang telah menghabiskan masa lebih dari 1,300 jam dan menggunakan hampir 320,000 bata Lego untuk membina replika ini.



Apa yang menarik ialah kesemua bata Lego yang kecil ini disokong oleh bingkai sokongan dari bahan keluli yang akan menghasilkan berat keseluruhan sebanyak 1,301kg, dimana ianya hampir seberat Civic Type-R yang sebenar.

Lego Honda Civic Type-R mempunyai beberapa bahagian yang berfungsi. Antaranya ialah bahagian lampunya yang boleh dikendalikan menggunakan iPad.

Selain itu, terdapat juga beberapa bahagian yang menarik pada replika ini terutama pada bahagian roda dan brek, dimana tiada kepingan Lego khusus digunakan. Bahagian ini dibina hanya menggunakan Lego biasa. 

Dengan berpandukan Civic Type-R sebenar dan beberapa lukisan, mereka membina replika jentera ini secara berperingkat. Menurut pasukan yang membina replika ini, bahagian yang paling sukar dibina adalah bahagian wiper.

“Kami menyukai cabaran dalam membangunkan projek ini,” kata Ryan McNaught sebagai ketua projek ini.

“Kereta ini mempunyai banyak garis melengkung, menjadikannya agak sukar untuk dibentuk tetapi ia menyeronokkan,” katanya.

Di Malaysia, Honda Civic Type-R kini dijual pada harga sekitar RM330,000 dan dikuasakan oleh enjin 2.0-liter turbocharged inline-4 yang mampu menghasilkan sehingga 306hp dan 400Nm tork. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here