Mitsubishi Outlander 2021 bakal guna enjin Nissan?

4354

Mitubishi Outlander generasi sekarang sudah berada dalam pasaran sejak 2014, jadi ia hampir ke penghujung hayatnya.

Outlander generasi baharu pula sedang dalam pembangunan dan telah dilihat melakukan ujian di luar negara. Ia dijangka dilancarkan tahun ini. Tetapi dengan pandemik Covid-19 yang melanda, kami tidak pasti sama ada perancangan itu akan kekal atau berubah.



Maklumat lain masih lagi rahsia, malah imej yang dipapar ini pun hanyalah lakaran komputer. Tapi apa yang dapat kami kongsikan ialah ia akan berkongsi platform dengan Nissan Rogue akan datang, iaitu lebih dikenali sebagai Nissan X-Trail di sini.

Dan kedua-dua model itu akan dibina oleh platform yang dibangunkan secara bersama oleh pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi.

Automotive News memetik laporan Nikkei berkata bahawa Outlander ini akan menggunakan enjin Nissan buat pertama kali. Ini juga menunjukkan pakatan yang lebih mendalam antara dua syarikat Jepun itu untuk strategi penjimatan kos pembangunan.

Dan sudah tentu, sistem hibrid plug-in (PHEV) akan menjadi salah satu pilihan powertrain, yang dilaporkan akan dikongsi antara Mitsubishi dan Nissan.

Model pertama yang akan menggunakan janaan kuasa PHEV itu ialah Nissan Rogue Sport (atau juga dikenali sebagai Qashqai.

Mitusbishi Outlander di Malaysia dijual pada harga bermula RM132,109 untuk varian 2.0 4WD CKD, manakala Nissan X-Trail bermula pada RM129,289 untuk model 2.0 2WD.

Mungkin Outlander akan datang boleh menjadi lebih murah apabila dibangunkan dengan usahasama Nissan dan Renault ini? Atau harga kekal tetapi lebih banyak kelengkapan?

2 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here