Dua individu ditahan kerana drift di stesen minyak

2487

Akibat melakukan aksi drift dalam kawasan stesen minyak di Jejawi, dua lelaki telah ditahan oleh pihak polis setelah perbuatan mereka tersebar di media sosial.

drift stesen minyak
Subaru BRZ

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perlis, Asisten Superintendan Mohd Rizal Emran, berkata dua lelaki termasuk pemilik stesen berkenaan, berusia 34 dan 37 tahun itu ditahan selepas tampil menyerah diri di Balai Polis Arau.

Beliau berkata, polis turut menyita sebuah kereta jenis Subaru BRZ yang disimpan di perkarangan rumah pemandu terbabit dekat Bintong, dipercayai digunakan untuk melakukan aksi berkenaan.



“Pemilik stesen minyak berkenaan mengaku menganjurkan aksi drift itu, manakala rakannya yang juga pemilik kedai aksesori bertindak memandu kenderaan terbabit.

“Mereka ditahan kerana melakukan aksi berbahaya yang boleh menyebabkan kemalangan, kebakaran dan kerosakan kepada pelanggan stesen minyak beberapa hari lalu,” katanya.

Mohd Rizal berkata, kedua-dua lelaki itu sudah dibebaskan sementara dengan jaminan polis hari ini dan dijangka didakwa dalam masa terdekat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) dan 81(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Telah tular video aksi merbahaya drift di Facebook selama 16 saat yang dipandu seorang lelaki di dalam kawasan stesen minyak sebanyak dua kali.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here