Lucid Air, kereta elektrik dengan 900-volt dan jarak pemanduan 643km, pesaing Tesla?

2460

Walaupun tidak pernah menegeluarkan satu produk, Lucid Motors telah menjadi topik bualan hangat sejak tahun 2007. 

Lucid Air

Pengeluar kenderaan elektrik dari California itu sepatutnya memperkenalkan sedan elektrik pertama mereka di New York International Auto Show 2020 pada April lepas.



Namun seperti semua maklum, rancangan tersebut terpaksa dibatalkan berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada ketika ini. 

Kini, tarikh baru pelancaran kereta tersebut telah ditetapkan iaitu pada 9 September 2020. Pada tarikh tersebut, Lucid Air akan diperkenalkan bersama dengan harga dan spesifikasi penuhnya.

Lucid Motors juga dikatakan akan mula menghasilkan sedan elektrik sepenuhnya yang baru. Kerja pembinaan di kilang Lucid’s Casa Grande, Arizona sedang giat dilakukan dan mereka telah menambah 160 pekerja baru dalam tempoh yang sangat singkat.

Berdasarkan keadaan global sekarang, syarikat itu sepertinya tidak pernah ketinggalan dalam melakukan kerja keras untuk menghasilkan pengeluaran, walaupun sesetengah kilang syarikat lain di seluruh dunia masih ditutup dan telah membuang sejumlah besar pekerja mereka.

Lucid Air

Beberapa perincian tentang Lucid Air telah diketahui, walaupun sedan elektrik sepenuhnya tersebut masih belum dilancarkan. Varian pertama yang akan dijual dijangka akan disediakan dengan dua motor dan sistem pacuan semua roda (AWD) “Dream Edition” yang diilhamkan dari prototaip Lucid 2016.

Menurut CEO syarikat iaitu Peter Rawlinson, kereta ini akan menggunakan sistem kuasa 900-volt, berbanding sistem kuasa 400-volt yang digunakan pada kereta elektrik biasa. Rawlinson juga berkata beberapa varian dari Lucid Air akan memberikan jarak pemanduan sejauh 643km, dimana model terbaru ini akan berada pada tahap yang sama dengan Tesla Model S.

Harga untuk jentera ini masih belum diketahui, tetapi Lucid Air Dream Edition dianggarkan akan berharga sekitar USD100,000 (RM427,600).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here