Diskaun dari 10 peratus untuk kereta terpilih dalam Mudah.my!

1891

Mudah Auto, platform terbesar jual-beli kereta di Malaysia telah memperkenalkan inisiatif terbaharunya iaitu Jualan Kereta Terbesar di Malaysia.

Kempen terbaharu oleh Mudah.my ini tertumpu kepada usaha membolehkan rakyat Malaysia membeli kereta mereka sendiri pada nilai terbaik.



Seiring dengan langkah negara memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), jualan ini menunjukkan sokongan Mudah.my terhadap Pelan Pemulihan Ekonomi Berjangka Pendek Kerajaan dalam mengukuhkan ekonomi negara.

Lebih 1,600 pengedar kereta terpakai di Mudah.my akan menawarkan diskaun tambahan, pada kadar minimum 10 peratus daripada harga tersenarai bagi kempen ini.

Sehingga kini, terdapat lebih 7,000 kereta yang telah disenaraikan untuk Jualan Kereta Terbesar di Malaysia, sebagai tambahan kepada lebih 80,000 kenderaan terpakai yang sedia ada di dalam Mudah.my.

“Sebagai sebuah jenama yang memberi tumpuan khusus kepada rakyat Malaysia, misi Mudah.my adalah untuk mendemokrasikan perdagangan dengan memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk menjual atau membeli antara sesama tanpa bayaran,” kata Gaurav Bhasin, Ketua Pegawai Eksekutif Mudah.my.

“Juga dengan penuh keterujaaan, kami mengisytiharkan bahawa Mudah.my turut menyasarkan untuk acara ini dicatat ke dalam Malaysia Book of Records untuk kategori Jualan Kereta (Dalam Talian) Terbesar di Malaysia.

“Ini merupakan sesuatu yang amat bermakna untuk kami kerana merangkul rekod pertama seumpamanya adalah bukti komitmen Mudah.my kepada para pengguna kami di samping fokus kami untuk memberikan tawaran terbaik kepada pelanggan secara berterusan.

Jualan Kereta Terbesar Malaysia telah bermula pada 15 Jun 2020 dan akan tamat pada 15 Julai 2020. Jadi, anda masih ada masa lebih tiga minggu untuk mencari kereta melalui Mudah.my!

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here