Baru berusia 20 minit! Lamborghini Huracan terlibat kemalangan selepas keluar dari pusat jualan

2505

Sebuah Lamborghini yang baru telah mengalami kerosakan yang teruk kerana terlibat dalam kemalangan, setelah hanya 20 minit keluar dari pusat jualan.

Lamborghini 20 minit

Lamborghini Huracan Spyder tersebut dianggarkan bernilai sekitar £200,000 (RM1.06 juta). Menurut sumber, supercar tersebut dikatakan berhenti secara tiba-tiba dan dilanggar oleh sebuah van dari arah belakang.



Salah satu roda belakangnya telah tercabut, sementara sebahagian besar ruangan belakangnya rosak teruk akibat dilanggar dari belakang.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 1 tengah hari waktu tempatan di jalan arah selatan berhampiran persimpangan 40 berhampiran Leeds, West Yorkshire.

Menurut pegawai polis West Yorkshire iaitu PC Richard Whiteley, kereta tersebut secara tiba-tiba berhenti di lorong ketiga kerana kerosakan mekanikal.

“Ia hanya sebuah kereta. Tetapi pada kejadian ini, Lamborghini yang baru berusia 20 minit ini berhenti secara tiba-tiba kerana kerosakan mekanikal di lorong ketiga kemudian dilanggar dari arah belakang oleh pemandu kenderaan lain yang tidak bersalah”, katanya.

Jurucakap polis berkata pemandu van tersebut mengalami kecederaan di kepala, tetapi kesemua individu yang terlibat tidak mengalami kecederaan yang serius.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here