Elak dijangkiti Covid-19, kenderaan ini diubahsuai dengan dilengkapi tandas peribadi

2355

Keadaan semasa pandemik Covid-19 di India agak membimbangkan. Semasa artikel ini ditulis, sebanyak 473,105 kes positif telah disahkan dan 14,894 kematian telah direkodkan di negara tersebut.

tandas pribadi

Antara faktor utama penyebaran virus ini ialah penggunaan tandas awam. Sebagai salah satu inisiatif untuk mengelakkan penyeberan virus ini, sebuah Mahindra Bolero telah direkabentuk dengan dilengkapi tandas peribadi, supaya membantu penggunanya mengelakkan penggunaan tandas awam ketika mereka ingin melakukan perjalanan jauh.



Sebuah syarikat dari Kerala iaitu Ojes Automobiles telah mencipta inisiatif ini. Tempat duduk belakang kereta tersebut telah dikeluarkan dan ruangan tersebut dipasang dengan tandas peribadi.

Tambahan kemudahan ini akan menghadkan jumlah penumpang yang dapat ditampung oleh kenderaan tersebut, kerana ruangan belakang diguna sepenuhnya.

Mahindra Bolero yang diubah suai ini dilengkapi dengan sistem kawalan siram yang berasaskan sentuhan. Terdapat motor 12V yang mampu memulakan operasi pembilasan.

Pada ruangan tandas peribadi ini juga terdapat dua tangki aluminium, dimana satu tangki untuk air yang bersih dan satu lagi tangki untuk air buangan.

Dua tangki tersebut juga dibuat berasaskan aluminium bersalut GRP yang membolehkannya tahan selama bertahun-tahun. Kemudahan ini kelihatan sama seperti tandas yang terdapat pada kapal terbang.

Terdapat juga ruangan untuk meletakkan sabun, tuala, dan juga pembersih tangan. Kos tandas peribadi ini adalah sekitar Rs.65,000 (RM3,681).

Bukan hanya khas untuk Mahindra Bolero, tandas ini juga boleh digunakan dan dipasang pada kenderaan lain yang berukuran 40 inci dari lantai ke bumbung kenderaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here