Harga bahan api 27 Jun: Naik 10 sen untuk RON95 dan RON97, naik 9 sen untuk diesel

1475

Harga runcit bahan api terus mencatatkan peningkatan untuk minggu ini, dengan RON95 dan RON97 masing-masing naik 10 sen, manakala diesel naik 9 sen.

Kenaikan ini adalah lebih besar berbanding minggu lepas (20 Jun hingga 26 Jun) iaitu 3 sen untuk kedua-dua petrol, dan 4 sen untuk diesel.



Bermula tengah malam ini, harga bahan api akan dijual seperti berikut:

  • RON95: RM1.69 (naik 10 sen)
  • RON97: RM1.99 (naik 10 sen)
  • Diesel: RM1.86 (naik 9 sen)

Harga baharu ini akan berkuatkuasa pada esok 27 Jun hingga 3 Julai 2020.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here