Pengeluaran Toyota Yaris dihentikan di pasaran Amerika Syarikat

1344

Toyota Yaris telah menjadi sebahagian dari barisan pengeluaran kenderaan di Amerika Syarikat sejak tahun 2006. Tetapi, pengeluaran tersebut akan berkahir pada hujung bulan ini.

toyota yaris

Menurut kenyataan dari Toyota kepada ‘semua pengedar dan pengurus besar di bahagian tenggara’, satu keputusan telah dibuat iaitu untuk menghentikan pengeluaran sedan dan hatchback Yaris. 



“Model untuk tahun 2021 bagi sedan dan hatchback model ini tidak akan dihasilkan. Model tahun 2020 akan menjadi model terakhir untuk Yaris. Manakalan bulan Jun tahun 2020 akan menjadi bulan terakhir bagi pengeluaran sedan dan hatchback Yaris di Amerika Syarikat,” kata Christine N. Henley, Pengurus Komunikasi Toyota Amerika Syarikat bahagian barat.

Toyota Yaris semasa sebenarnya adalah model naik taraf dari sedan dan hatchback Mazda 2, yang tidak terdapat di pasaran Amerika Syarikat.

Pasaran model ini di Amerika Syarikat adalah tidak sama dengan pasarannya di negara kita atau Eropah.

Yaris kita adalah versi hatchback untuk Vios, manakala Yaris Eropah menggunakan platform yang berbeza tetapi juga akan memperkenalkan Toyota GR Yaris yang berprestasi tinggi.

Pada awal tahun ini, Toyota USA telah bertanya kepada pengikutnya di laman Twitter samada mereka mahu model ini dijual atau tidak di Amerika Syarikat. Majoriti dari jawapan tersebut adalah “ya”.

Sumber: carbuzz.com

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here