Michelin perkenal rangkaian Power baharu untuk jalan raya dan litar

2339

Michelin, syarikat pengeluar tayar terkemuka di dunia telah memperkenalkan empat tayar motosikal baru mereka iaitu Michelin Power 5, Michelin Power GP, Michelin Power Cup2 dan Michelin Power Slick2

tayar Michelin

Michelin Power 5 dan Michelin Power GP

Kedua-dua jenis tayar ini khas untuk digunakan di jalan raya. Ia dihasilkan menggunakan getah inovatif dengan campuran silika dan karbon hitam. 



Michelin Power 5 ialah tayar yang digunakan 100 peratus di jalan raya, yang dibangunkan untuk memberi keselesaan menunggang yang maksimum pada permukaan jalan yang kering dan selamat digunakan pada permukaan jalan yang basah. Ianya mempunyai nisbah kekosongan tapak sebanyak 11 peratus.

tayar Michelin
Michelin Power 5

Michelin Power GP pula ialah tayar 50 peratus di jalan raya dan 50 peratus di litar perlumbaan. Ia akan memberikan prestasi terbaik pada jalan raya yang kering dan basah.

Tayar ini dihasilkan sesuai untuk kegunaan jalan dan litar. Permukaan tayar ini mampu memberikan cengkaman dan kestabilan, dan mempunyai nisbah kekosongan tapak sebanyak 6.5 peratus.

tayar Michelin
Michelin Power GP

Michelin Power Cup2 dan Michelin Power Slick2

Sementara itu, Michelin Power Cup2 dan Michelin Power Slick2 ialah tayar khas untuk kegunaan di litar.

Michelin Power Cup2

Michelin Power Cup2 ialah tayar untuk 10 peratus kegunaan di jalab raya dan 90 peratus untuk kegunaan litar perlumbaan. Manakala Michelin Power Slick2 pula ialah tayar 100 peratus untuk kegunaan litar perlumbaan, dimana tayar ini akan melalui proses pemanasan dengan lebih cepat. 

Kedua-dua model tayar ini akan memberikan penunggang masa pusingan terpantas dalam satu pusingan dan dapat digunakan dalam jangka masa yang lama.

Michelin Power Slick2

Keempat-empat tayar yang baru diperkenalkan bukan sahaja berkongsi teknologi dari segi seni bina tayar ACT+, tapak kompaun berganda dan reka bentuk tapak yang dioptimumkan untuk komputer. Malah, kesemua tayar ini disertakan dengan tandatangan ‘Premium Touch Technology’ dari Michelin.

Keempat-empat tayar motosikal Michelin Power baru kini boleh didapati di pusat pengedar sah Michelin di seluruh negara. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.michelin.com.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here