Clima Bottle, botol keluaran Lamborghini yang diilhamkan dari Aventador SVJ

1715

Lamborghini dan 24Bottles bekerjasama untuk menghasilkan botol air yang diberi nama Clima Bottle. Reka bentuk botol ini diinspirasikan dari Lamborghini Aventador SVJ yang telah mencatat rekod baru di litar Nürburgring Nordschleife, Jerman.

Clima Bottle

Clima Bottle dihasilkan dengan corak yang menarik, menjadikan botol ini kelihatan unik. Kerjasama ini mencerminkan gaya hidup kontemporari dan budaya fesyen serta permintaan yang semakin meningkat untuk inovasi alam sekitar.



Clima Bottle dihasilkan menggunakan keluli tahan karat 18/8 berdinding dua, yang dibuat dengan teknologi penebat haba. Botol ini mampu mengekalkan rasa dan suhu sesuatu minuman. Ia akan mengekalkan kepanasan minuman selama 12 jam dan mengekalkan kesejukan minuman sehingga 24 jam.

Clima Bottle

Melalui reka bentuk botol ini yang unik, 24Bottles juga menawarkan pendekatan yang positif dengan memupuk ke arah pengurangan penggunaan botol plastik.

Mereka komited untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar dengan menjalankan projek penghutanan semula.

Climba Bottle akan mula dijual mulai 15 Julai 2020 di kedai online 24Bottles dan Automobili Lamborghini. Anda boleh layari laman web www.24bottles.com dan www.lamborghinistore.com, atau berkunjung ke ibu pejabat Lamborghini di Sant’Agata Bolognese untuk mendapatkan botol ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here