Covid-19: Tiada halangan balik kampung, boleh rentas negeri sambut Aidiladha

1837

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa seluruh rakyat Malaysia dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas negeri bagi tujuan sambutan Aidiladha pada Jumaat ini.

Bagaimanpun, Ismail Sabri tetap memberi peringatan supaya orang ramai mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan seperti memakai pelitup muka, menjaga penjarakan sosial dan sentiasa mencuci tangan.



“Sebenarnya tiada sekatan perjalanan, masih boleh balik kampung cuma patuhi SOP. Walaupun kerajaan benarkan balik kampung, kita kena pastikan diri terjaga dengan mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Pihak kerajaan juga menetapkan kapasiti individu ketika sambutan Aidiladha, iaitu hanya 20 tetamu dibenarkan berada di dalam rumah pada satu-satu masa.

Proses sembelihan juga digalakkan untuk dibuat di pusat sembelihan. Hanya 20 orang dibenarkan untuk seekor haiwan. Mengenai jamuan makan dan kenduri pula tidak dibenarkan ketika melakukan ibadah sembelihan.

Hanya makanan yang sudah dibungkus sahaja dibenarkan. Waktu ibadah korban boleh diadakan selama empat hari. Cuma, oleh kerana Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Jumaat, maka digalakkan korban dilakukan pada hari kedua, ketiga dan keempat.

Pihak polis juga akan berada di lapangan dan tempat sembelihan untuk proses pemantauan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here