105 ‘Abang Grab’ bantu agih daging korban kepada 800 asnaf

697

Seramai 105 ‘Abang Grap’ menyertai misi sukarelawan membantu mengagihkan daging korban dalam Karnival Korban Al Hikmah yang diadakan di Surau Al Hikmah, Lorong Pandan, Kesidang, Melaka.

Sekumpulan penunggang penghantar makanan (p-hailing) yang memakai baju seragam hijau melakukan khidmat itu secara percuma sebagai simbolik Hari Raya Aidiladha, tahun ini.

Terdahulu, konvoi mengagihkan daging korban itu dilepaskan di pekarangan surau terbabit kira-kira jam 12 tengah hari tadi.



Pengerusi Surau Al-Hikmah Lorong Pandan, Md Khairulzaki Misbah dipetik melakahariini.my berkata, khidmat ‘rider’ daripada Persatuan Penghantar Makanan Melaka itu bukan sahaja menjadi satu keunikan tahun ini, bahkan turut melancarkan lagi proses pengagihan daging korban kepada penerima.

Katanya, ibadah korban yang diadakan di surau itu merupakan antara yang terbesar di Melaka setakat ini apabila menumbangkan sebanyak 36 ekor ternakan iaitu 29 ekor lembu serta tujuh ekor kambing.

“Ibadah korban yang diadakan ini merupakan julung kali diadakan terbesar membabitkan 210 penama yang menyertai ibadah ini.

“Kaedah menggunakan penghantar makanan dapat mempercepatkan proses agihan daging korban ke qariah kawasan sekitar.

“Agihan ini akan diserahkan kepada lebih kurang 800 asnaf terlibat dan penama mereka membabitkan beberapa kawasan di bahagian Cheng, Limbongan, Tengkera, Bakar Batu, Balai Panjang dan Kampung Padang,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here