Lewis Hamilton juara GP British walaupun dengan ‘drama’ di pusingan terakhir

1467

Lewis Hamilton muncul juara pada Grand Prix British yang berlangsung di litar Silverstone, walaupun tayar jenteranya pecah pada pusingan akhir perlumbaan.

Lewis Hamilton Grand Prix British

Pelumba kelahiran United Kingdom tersebut berjaya menamatkan perlumbaan di hadapan Max Verstappen, yang menyaksikan pasukan Mercedes berjaya mendominasi pada pusingan kali ini.



Rakan sepasukan Hamilton iaitu Valtteri Bottas, sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-11. 

“Saya tidak pernah mengalami hal seperti ini pada pusingan terakhir perlumbaan, ianya cukup mendebarkan.”

“Saya hanya mampu berharap tidak diatasi oleh pelumba lain dan hampir tidak berjaya membelok di beberapa selekoh terakhir,” kata Hamilton.

Kemenangan Hamilton pada Grand Prix British ini memberinya dorongan besar dalam misi untuk merebut gelaran juara dunia ke-7 nya, dan mengatasi rekod yang pernah dilakukan oleh Michael Schumacher.

Berikut adalah keputusan penuh Grand Prix British 

Kedudukan Pelumba Pasukan
1 Lewis Hamilton Mercedes
2 Max Verstappen Red Bull
3 Charles Leclerc Ferrari
4 Daniel Ricciardo Renault
5 Lando Norris McLaren
6 Esteban Ocon Renault
7 Pierre Gasly AlphaTauri
8 Alex Albon Red Bull
9 Lance Stroll Racing Point
10 Sebastian Vettel Ferrari
11 Valtteri Bottas Mercedes
12 George Russell Williams
13 Carlos Sainz McLaren
14 Antonio Giovinazzi Alfa Romeo
15 Nicholas Latifi Williams
16 Romain Grosjean Haas
17 Kimi Raikkonen Alfa Romeo
DNF Daniil Kvyat AlphaTauri
DNF Kevin Magnussen Haas
DNF Nico Hulkenberg Racing Point


Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here