Lamborghini Centenario Roadster ini ibarat Batmobile jalanan dengan harga RM11.6 juta!

2799

Jentera dengan rupa bentuk “Batmobile” iaitu sebuah Lamborghini Centenario Roadster 2017 kini sedia untuk dijual di Kanada.

Lamborghini Centenario Roadster

Lamborghini hanya menghasilkan 40 unit jentera ini, yang terdiri dari 20 versi coupe dan 20 versi roadster. Pelanggan yang membeli jentera ini dari pusat pengedar Lamborghini akan diberi pilihan untuk memilih rupa bentuk mengikut kehendak mereka.



Berdasarkan pada rupa bentuk, pemilik asal jentera ini menjadikannya sebuah kereta yang kelihatan unik dan garang.

Lamborghini Centenario Roadster

Keseluruhan bahagian luar jentera ini dilapisi dengan gentian karbon dan dipadankan dengan rim karbon.

Alcantara merah menghiasi ruangan dalam jentera ini, termasuk pada bahagian tempat duduk, panel pintu, stereng, dan konsol tengah.

Terdapat juga kemasan kulit bewarna hitam yang disertakan bersama dengan jahitan kontra merah, pedal aluminium dan beberapa komponen campuran gentian karbon gloss dan matte.

Lamborghini Centenario Roadster

Berdasarkan odometer pada jentera ini, ianya pernah dipandu sejauh 594km sahaja.

Lamborghini Centenario Roadster dikuasakan oleh enjin V12 6.5-liter naturally aspirated yang mampu menghasilkan sehingga 759hp dan 690Nm tork. Ianya mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.8 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 350km/j.

Salah satu dari 20 unit Centenario Roadster ini akan dijual di Grand Touring Automobiles di Vaughan, Ontario, Kanada dengan harga sekitar USD2.75 juta (RM11.6 juta), tidak termasuk cukai.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here