“Takut tayar meletup, masuk gaung”, Safiey Illias simpan Ford Mustang GT selama 8 bulan

3756

Usahawan kosmetik dan penyanyi sensasi Safiey Illias atau nama sebenarnya Saifuddin Bin Illias mengakui berdepan perasaan fobia untuk memandu di jalan raya.

Safiey IlliasMenurut Safiey, disebabkan depresi juga, dia terpaksa menyimpan kereta sport miliknya iaitu Ford Mustang GT selama hampir setahun kerana bimbang kereta tersebut akan meletup, terbakar dan masuk ke dalam gaung.

“Itu saya hadap selama lapan bulan. Hari ini gagahkan juga sebab tahu sangat stereng ini rindu dekat saya. Hampir lapan bulan juga kereta tak bergerak cuma panaskan enjin saja. Bila bawa kereta, pegang stereng rasa nak nangis, hiba,” kata Safiey menerusi akaun Instagram miliknya.



View this post on Instagram

Lama x bawak kereta sbb anxiety dan depression . Takot bawak sbb takot kete meletops , takot tayar meletops , takot kete tebakar , takut masuk gaung . Itu ye saya hadap selama 8 bulan ni . Harini gagahkan jua sebab tahu sgt stereng ni rindu sgt dkt Ratu Semesta Alam . . . Hampir 8 bln kereta x begerak cuma panaskan enjin je . Bila bawak je kete ni , pegang stereng , rasa nak nangis . Rasa hiba , sebab betapa bangga pada diri dan bersyukur dgn nikmat yg Allah bagi . Saya beli kereta ni masa umur 22 tahun . . . Walau banyak WIRA PAPAN KEKUNCI yg suka down kan saya , tp saya fikir 1 je . Setiap bait2 kekecaman penulisan mereka menggambarkan hati mereka yg tidak tenang . Kecemburuan kerana gagal menjadi yg terbaik dlm kerjaya . . . Yelah , hanya org yg boleh zahirkan rasa itu dgn penulisan pedas mereka yg faham apa yg ada dalam hati mereka . Kalau org tu sentiasa ceria , cerialah penulisan mereka . Sbnrnya banyak yg kita tulis atau ckp , kita sbnrnya tgah benci dan geram dgn diri kita sendiri . Sbb tu perasaan tu dpt dizahirkan . Jauhari je mengenal manikam . . . Hujung2 kita terus menyebarkan kebenciaan kerana ada 1 perasaan yg tidak beres jauh disudut hati . . . Jap lagi ayah dan mak nak dtg tolong packing @glasskinz.co . Saya happy sgt . Dan saya banyak silap dkt keluarga dalam 2 tahun lepas . Saya nak ubah dan betulkannya semuanya . . . Saya xnk sanjung “kawan” lagi . Saya nk hargai keluarga , anak buah dan sahabat yg ada dgn saya para journey saya melakar kejayaan baru . . . KEJAYAAN TIDAK PERNAH MENIPU SESEORANG YG BERUSAHA KERAS MENDAPATKANHYA . Kejayaan itu akan dtg INDAH PADA WAKTUNYA . . . Kalau saya yg depression survivor ni boleh buat , kenapa korg yg begitu bangga dgn “AKU NORMAL” itu tak mampu buat ? Itu semua cengkerik yg bermain di minda yg membisikkan kemalasan dan penangguhan . . . #Sofeaestetik #perhhhperamm #syintagila #tvsyintagila #ratusemestaalam #glasskinz #takkosongyee #awastakkosong #isabellamaradonna #hujunghujungsis

A post shared by RATU SEMESTA ALAM (@safieyillias94) on

Tambah Safiey, perasaan itu ekoran tersentuh atas kurniaan nikmat Allah kepadanya. Ford Mutsang GT tersebut dibelinya ketika masih berusia 22 tahun.

“Walau banyak wira papan kekunci (keyboard warrior) yang suka kecam saya, tapi saya fikir satu je. Setiap kecaman mereka menggambarkan hati mereka yang tidak tenang. Kecemburuan kerana gagal menjadi yang terbaik dalam kerjaya,” tambahnya.

Dalam posting sama, Safiey Illias juga menyesal dan akui mahu menyanjungi keluarga terlebih dahulu terutama kedua-dua ibu bapanya selepas kesilapannya dua tahun lalu.

“Saya tak nak sanjung kawan lagi. Saya nak hargai keluarga dan sahabat yang ada dengan saya,” kata Safiey.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here