Kini lebih mudah memiliki Toyota dan Lexus dengan skim pinjaman sehingga 100 peratus Bank Rakyat

1853

Dengan pengecualian cukai SST yang diperkenalkan kerajaan, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) memanfaatkan tempoh ini dengan kerjasama bersama bank Rakyat untuk menawarkan pakej pinjaman sehingga 100 peratus.

Layak untuk rakyat Malaysia berumur 18 hingga 65 tahun, pakej-pakej ini turut mematuhi syarat pinjaman Islam dan terdiri dari dua jenis pembiayaan:



An-Naqlu 1 –  Menawarkan pembiayaan 90 peratus yang mematuhi konsep shariah Al Ijarah Thumma Al-Bai’ (AITAB).

An-Naqlu 2 – Menawarkan pembiayaan 100 peratus yang mematuhi konsep shariah Tawarruq.

Pelanggan juga boleh memilih tempoh pinjaman antara 4 hingga 9 tahun di bawah skim-skim ini. Di bawah An-Naqlu 2 juga, pelanggan berumur 18 hingga 60 tahun boleh membuat bayaran pendahuluan sifar (zero downpayment) untuk model-model Toyota dan Lexus.

Terdapat juga skim graduan istimewa dengan bayaran pendahuluan sifar untuk lepasan graduan sekurang-kurangnya Diploma berumur 20 hingga 30 tahun yang telah bekerja selama 3 bulan atau lebih.

Satu lagi skim pembiayaan An-Naqlu 1 (AITAB) khas untuk warga emas. Mereka hendaklah berumur tidak lebih dari 65 tahun di hujung tempoh pembiayaan dan mereka hendaklah memindahkan pencen mereka ke akaun Bank Rakyat.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari mana-mana pengedar sah Toyota atau mana-mana cawangan Bank Rakyat Auto Financing Centre.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here