Beli kereta, kemudian menang gajet di Naza Automall sempena bulan kemerdekaan!

2130

Sempena bulan kemerdekaan akan datang, Naza Motor Trading membawakan kempen “Merdeka Beli dan Menang”. Ia menawarkan peluang untuk anda memenangi peranti-peranti elektronik dan gajet dengan pembelian mana-mana kenderaan di Naza Automall, PJ.

Kempen itu akan berlangsung sekarang hingga 16 September ini, dimana setiap pembelian kenderaan dari Naza Automall akan melayakkan anda untuk satu penyertaan memenangi hadiah peranti elektronik.



Kesemua hadiah bernilai RM45,000 merangkumi telefon pintar Huawei, Smart TV 55-inci dan Apple iPad.

Tak cukup lagi? Kempen ini menawarkan penjimatan SST 50 peratus, kelulusan pinjaman yang cepat, dan jaminan percuma untuk model-model dari jenama terkemuka seperti Porsche, Mercedes-Benz, Lexus, Toyota dan MINI.

Naza Automall PJ beroperasi dari 9 pagi hingga 6 petang setiap Isnin hingga Jumaat, dan 10 pagi hingga 6 petang pada hujung minggu dan cuti umum.

Untuk maklumat lanjut, layari saluran media sosial Naza Automall di Instagram (@nazaautomall) dan Facebook (@nazaautomall.my).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here