Program Subsidi Petrol (PSP) tidak akan diteruskan oleh kerajaan

1087

Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa Program Subsidi Petrol (PSP) tidak akan dilaksanakan buat masa ini bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat.

Program Subsidi Petrol (PSP)Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, keputusan itu juga bagi mengelakkan jurang harga petrol yang tinggi dikenakan terhadap penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Pada 9 Julai lalu, KPDNHEP dan Kementerian Kewangan mengadakan satu mesyuarat untuk hala tuju PSP. Sehubungan dengan itu, dua keputusan telah dibuat iaitu KPDNHEP telah bersetuju tidak melaksanakan PSP dan Kementerian Kewangan akan menyediakan memorandum Jemaah Menteri untuk memuktamadkan PSP tersebut.



Sebab mengapa PSP ini tidak dilaksanakan ialah bagi mengelakkan salah faham di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan kerana hanya penduduk Semenanjung sahaja terlibat dalam subsidi ini. 

Selain itu , ianya bertujuan untuk mengelakkan jurang harga petrol yang tinggi antara Semenanjung, Sabah Sarawak dan Labuan dan bagi kelompok M40. Ini kerana, mereka hanya akan menikmati potongan harga semasa mengisi petrol di stesen minyak kerana diberikan kad subsidi minyak.

“Ini menimbulkan keraguan di kalangan rakyat berkenaan ketelusan dan pemberian subsidi ini,” katanya.

Program Subsidi Petrol (PSP) yang dijadualkan bermula Januari 2020 sebelum ini ditangguhkan sehingga satu masa yang akan diumumkan kerajaan kemudian.

Katanya lagi, harga petrol RON95 juga masih di bawah paras ditetapkan PSP iaitu sebanyak RM2.08 seliter.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here