Berminat beli Vios, Yaris atau Avanza? UMW Toyota tawar pembiayaan khas untuk graduan

3775

Sememangnya kereta satu keperluan untuk kita mudah bergerak ke mana-mana, terutamanya pergi balik kerja.

Jika anda graduan yang baru mula bekerja dan ingin mencari kereta baharu, UMW Toyota menawarkan pakej pembiayaan khas untuk model Vios, Yaris dan Avanza.



Pakej ini merupakan kerjasama antara syarikat itu dengan Maybank Islamic Berhad.

Pembiayaan yang dikenali sebagai Murabahah Vehicle Term Financing-i (MVTF-i) ini menepati prinsip Murabahah. Ia juga akan menjadi pilihan tambahan selain dari pembiayaan sewa-beli Islamik yang menepati Al Ijarah Thumma Al-Bai. Cumanya, pakej ini juga hanya boleh didapati di Semenanjung Malaysia.

Pembiayaan ini juga mengikuti prinsip Islamic dan jumlah pembiayaan 100 peratus dengan caruman takaful serta kos-kos lain (kos urusan, duti stem dan sebagainya).

Syarat-syaratnya? Selain dari seorang graduan, anda haruslah berumur antara 21 hingga 30 tahun, berpendapatan sekurang-kurangnya RM3,000, telah bekerja lebih 6 bulan, dan kini masih bekerja.

Untuk anda yang belum mencapai tempoh 6 bulan bekerja, haruslah dijamin oleh ibu-bapa dan ini juga tertakluk kepada terma dan syarat.

Bagi mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 tetapi lebih RM2,000 juga, masih boleh memohon dengan syarat.

Untuk maklumat lanjut, lawati mana-mana pengedar Toyota yang sah seluruh negara atau layari laman web di Toyota.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here